Page 3 - PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI (OACP) JKR NEGERI TERENGGANU
P. 3

AMANAT
          PENGARAH


          JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU


                                                   Assalamualaikum Warahmatullahi
                                                   Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


                                                   Alhamdulillah  bersyukur ke hadrat  Allah  S.W.T
                                                   kerana dengan limpah  dan kurniaNya, Jabatan
                                                   Kerja Raya Negeri Terengganu berjaya membangun
                                                   dan menghasilkan Pelan Antirasuah Organisasi atau
                                                   lebih dikenali sebagai Organisational Anti-Corruption
                                                   Plan (OACP) Melalui Arahan YAB Perdana Menteri
                                                   semasa pelancaran  Pelan  Antirasuah  Nasional
                                                   (NACP) pada tahun 2019 yang menyatakan bahawa
                                                   setiap kementerian, jabatan serta agensi awam perlu
                                                   mewujudkan Pelan OACP sebagai dokumen dasar
                                                   Antirasuah  di peringkat  organisasi  yang bertujuan
                                                   untuk menangani  permasalahan  dan kelemahan
                                                   governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi

                                                   JKR amat komited dalam menyahut seruan kerajaan
                                                   bagi memastikan sistem pentadbiran dapat bergerak
                                                   seiring  dengan misi  JKR iaitu  berpegang  teguh
                                                   kepada integriti dalam penyampaian perkhidmatan.

                                                   Pembangunan  Pelan  OACP ini  juga  merupakan
                                                   inisiatif mandatori yang digariskan di bawah Pelan
             Antirasuah Nasional (NACP) yang perlu dilaksanakan dan telah mengambil kira semua
             bidang  dan aktiviti yang terdapat dalam jabatan. Pembangunan  pelan ini juga telah
             mendapat khidmat nasihat kepakaran daripada Institut Integriti Malaysia (IIM), sebagai
             konsultan yang bertauliah dalam penghasilan pelan ini. Semoga inisiatif-inisiatif pelan
             ini dapat dilaksanakan dan sedikit sebanyak dapat menunjukkan kesungguhan jabatan
             dalam  menangani  permasalahan  integriti  dan  rasuah  supaya  kualiti  penyampaian
             penjawat awam dapat ditingkatkan seterusnya menjaga nama baik jabatan.

             “ JKR Ke Arah Bebas Rasuah, Salah Guna Kuasa Dan Penyelewengan ”


             Sekian, terima kasih.







             Ir. Dr. HASLI BIN IBRAHIM
             PENGARAH KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU






                                                            ii
   1   2   3   4   5   6   7   8