Page 5 - PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI (OACP) JKR NEGERI TERENGGANU
P. 5
PRAKATA
PENOLONG PEGAWAI INTEGRITI
JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah dan kurniaNya, Jabatan
Kerja Raya Negeri Terengganu telah berjaya
membangunkan dan menghasilkan Pelan
Antirasuah Organisasi (OACP) sendiri.
Dokumen ini menggariskan Pelan Antirasuah
Organisasi (OACP) Jabatan Kerja Raya Negeri
Terengganu berdasarkan tempoh pelan strategik
dimana ia mengenal pasti risiko rasuah utama
dan menerangkan inisiatif serta tindakan untuk
mengurangkan risiko tersebut.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih
kepada Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah
Pembangunan dan Ketua-Ketua Bahagian,
Jurutera-Jurutera Daerah dan semua kakitangan
yang terlibat dalam penyediaan Buku Pelan
OACP ini dan kepada Institut Integriti Malaysia
(IIM) yang telah memberi khidmat nasihat dan
kepakarannya, selaku konsultan yang bertauliah dalam penghasilan pelan ini.
Semoga inisiatif-inisiatif pelan ini dapat dilaksanakan dan sedikit sebanyak dapat
menunjukkan kesungguhan jabatan dalam menangani permasalahan tadbir urus,
integriti dan rasuah supaya kualiti penyampaian penjawat awam dapat ditingkatkan
seterusnya menjaga nama baik jabatan.
“ Tingkatkan Imej Jabatan dan Mengutamakan Integriti ”
Sekian, terima kasih.
MOHD SHAHRIL BIN SHAMSUDDIN
TIMBALAN PENGARAH (PENTADBIRAN & KEWANGAN)
JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU
iv