Page 12 - Pelan Strategik PPZ-MAIWP 2021-2025
P. 12
PELAN STRATEGIK
STRATEGI UMUM KE ARAH PENCAPAIAN SASARAN
2021-2025
1. Memperkukuhkan PPZ-MAIWP sebagai organisasi pengutip zakat
terunggul di Malaysia.
2. Meningkatkan kutipan dan pembayar baru.
3. Mengekalkan pembayar sedia ada baru dan mengembalikan pembayar
tidak mengulang.
4. Mengukuhkan kepercayaan penjenamaan dan perkhidmatan PPZ-MAIWP
di mata masyarakat khususnya dalam memberi keyakinan berkaitan
kutipan dan agihan zakat di Wilayah Persekutuan.
5. Memanfaatkan kecemerlangan khidmat pelanggan PPZ-MAIWP untuk
meningkatkan kesedaran berzakat di kalangan umat Islam.
6. Memperkukuhkan dan meningkatkan tahap perkhidmatan saluran
pembayaran yang sedia ada.
7. Memanfaatkan peluang teknologi maklumat & komunikasi terkini untuk
meningkatkan kesedaran berzakat.
8. Memperluaskan penjenamaan PPZ-MAIWP dalam menyebarluas
kewajipan berzakat.
9. Meningkatkan interaksi dengan masyarakat umum melalui media
tradisional & baru.
10. Membantu agensi kerajaan berkaitan untuk membuat penambaikan sistem
tadbir urus zakat di Wilayah Persekutuan.
11. Mengekalkan pensijilan ISO-ISMS.
12. Memperkemaskan dan membangunkan sistem dan aplikasi ICT
PPZ-MAIWP yang terkini untuk mengatasi pesaing.
13. Meminimumkan isu-isu agihan zakat dengan mensinergi kehebatan,
profesionalisme dan penjenamaan PPZ-MAIWP dan MAIWP.
14. Sinergi bersama MAIWP dalam memperluaskan maklumat agihan zakat di
Wilayah Persekutuan.
9