Page 11 - Pelan Strategik PPZ-MAIWP 2021-2025
P. 11
Tahun 2021-2025
LUAR NEGARA
Pada tahun 2009, PPZ-MAIWP telah menerima anugerah ‘The Best Zakat
Fundraising Development’ oleh Institut Manajemen Zakat (IMZ) Republik
Indonesia.
Pada tahun 2010 pula, PPZ-MAIWP dianugerahkan ‘International Zakat
Organisation Distinguished Award’ oleh Institut Manajemen Zakat (IMZ)
Republik Indonesia.
Di peringkat antarabangsa pula, PPZ-MAIWP terus menjadi contoh model
pengurusan zakat apabila pihak Zakat O ce of Islamic Community in Bosnia
& Herzegovina (ZOICBH) berhasrat untuk menjadikan PPZ-MAIWP sebagai
rakan penasihat di dalam usaha membangunkan sebuah pusat pungutan
zakat di Sarajevo, ibu kotanya.
PPZ-MAIWP telah layak untuk menyertai Convention On Quality Control
Circles 2016 (ICQCC) yang telah diadakan di Bangkok, Thailand pada 23 -26
Ogos 2016. Sebanyak 333 buah pasukan daripada 13 buah negara telah
menyertai konvensyen ini seperti Korea Selatan, Thailand, Filipina, India dan
lain-lain lagi. Pasukan PPZ-MAIWP telah meraih Gold Award bagi projek
kutipan zakat yang tidak optimum iaitu berkaitan Inovasi yang dilakukan oleh
PPZ-MAIWP bagi memperkasakan kutipan secara online.
8