Page 6 - Pelan Strategik PPZ-MAIWP 2021-2025
P. 6

PELAN STRATEGIK


             LATAR BELAKANG PPZ-MAIWP






             Landskap  kutipan zakat  harta ini berubah selepas  lahirnya PPZ-MAIWP.
             Bermula sekadar impian dengan diusahakan secara bersungguh akhirnya
             menjadi kenyataan.



             Pertengahan November 1989, Hartasuci Sdn Bhd sebuah anak syarikat milik
             penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan. Ahli

             Lembaga Pengarahnya yang diketuai oleh Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar
             dengan keahliannya Haji Omar Thean Abdullah, Haji Mohd Zihin Hassan dan Haji
             Abdul Khalid Abdul Aziz.


             Pada awal Januari 1991, PPZ-MAIWP memulakan operasi mengutip zakat harta

             di Wilayah Persekutuan. Bagi tujuan pelaksanaan dan memenuhi tuntutan Akta
             Syarikat  maka sebuah  syarikat untuk  mengurus  PPZ-MAIWP  secara  korporat
             dan agensi pengutip zakat perlu ditubuhkan. Pada 8 Mac 1991, PPZ-MAIWP telah

             dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu Perdana Menteri Malaysia.


             Kini, ibu pejabat PPZ-MAIWP terletak di  Shamelin Perkasa, Cheras dengan
             warga kerja seramai 219 orang. Terdapat 10 cawangan kaunter zakat di
             Shamelin, Masjid Negara, Pusat Bandar Wangsa Maju, Masjid At-Taqwa Taman

             Tun Dr. Ismail, UTC Pudu Sentral, Plaza RAH Kampung Bharu, Putrajaya (Presint
             9 & 15), Masjid Al-Ghazali Bandar Manjalara di Kepong dan Time Square Labuan.
             Bayaran zakat juga boleh dilakukan secara ‘Online’.





































          3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11