Page 4 - Pelan Strategik PPZ-MAIWP 2021-2025
P. 4
PELAN STRATEGIK
PERUTUSAN
Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee
Pengerusi PPZ- MAIWP
Assalamualaikum W.B.T.
Perkembangan terkini memperlihatkan bahawa institusi zakat mula mendapat
perhatian ramai dan semakin proaktif demi kemaslahatan dan manfaat ummah.
Sememangnya usaha yang dijalankan oleh PPZ-MAIWP dalam mempelbagaikan
promosi dakwah dan kemudahan zakat ini perlu diteruskan dengan iltizam untuk
melakukan penambahbaikan yang dapat memacu dan menerajui institusi zakat
ke arah yang lebih baik.
Pengurusan zakat yang cemerlang mampu mewujudkan kestabilan ekonomi
seterusnya menangkis stigma negatif masyarakat terhadap institusi zakat.
Susulan itu, Pelan Strategik 2021-2025 yang dirangka berpaksikan visi dan misi
PPZ-MAIWP ini diharapkan dapat menggembleng penglibatan setiap warga
kerja PPZ-MAIWP agar dapat melaksanakan fungsi dan peranan
masing-masing dengan terbaik dan berkesan. Justeru, adalah
menjadi harapan agar prestasi cemerlang
PPZ-MAIWP terus kekal malah lebih baik lagi
sebagai peneraju institusi zakat yang mampu
meningkatkan taraf sosio dan ekonomi
negara.
1