Page 5 - Pelan Strategik PPZ-MAIWP 2021-2025
P. 5
Tahun 2021-2025
SEULAS BICARA
Haji Abdul Hakim Amir Osman
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ- MAIWP
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya, PPZ-MAIWP telah berjaya menghasilkan buku Pelan Strategik PPZ-MAIWP
2021 - 2025 ini. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada
semua pihak yang terlibat di atas usaha menjayakan buku ini selaras
merealisasikan visi dan misi organisasi. Saya dengan penuh berkeyakinan
percaya bahawa seluruh warga kerja PPZ-MAIWP telah bersedia dalam
menyahut transformasi yang dirancang demi mencapai kecemerlangan
organisasi yang sentiasa relevan dengan perubahan semasa dan mampu
memenuhi objektif yang disasarkan.
Saya berharap dengan proses penetapan hala tuju yang
dinyatakan dalam buku Pelan Strategik 2021 – 2025 ini, ianya
akan menjadi satu sistem kawalan dan landasan kepada
kita semua dalam mengorak langkah ke arah
menjayakan strategi baru serta memfokuskan ke arah
kutipan zakat RM1 Bilion menjelang tahun 2025.
Hasrat dan keazaman ini hanya mampu dicapai
sekiranya seluruh warga kerja PPZ-MAIWP dapat
memainkan peranan penting dalam
mengadaptasikan perubahan seiring dengan
pembinaan budaya kerja berprestasi tinggi yang
berteraskan kepada produktiviti, inovasi dan
semangat kerja berpasukan. Berbekalkan usaha
gigih yang ditunjukkan oleh semua pihak,
saya yakin bahawa pada tahun 2025,
PPZ-MAIWP akan terus meningkatkan
kecemerlangan organisasi dengan
lebih gagah ke arah mencapai
institusi zakat yang bertaraf dunia.
2