Page 78 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 78

72   Surah At-Tur : Tafsir & Huraian



               turunnya azab Allah   ke atas mereka, mereka tetap tidak
               mengendahkannya. Oleh kerana keangkuhan mereka tersebut,
               Allah   memerintahkan Rasul-Nya supaya meninggalkan sahaja
               mereka serta terus sabar dan tabah sehingga tibanya nanti hukuman
               Allah  ke atas mereka. Allah  juga memperteguhkan hati Rasul-
               Nya dengan jaminan pengawasan dan pemeliharaan-Nya daripada
               sebarang tipu daya dan rancangan jahat kaum musyrikin. Oleh itu,
               Allah  menyarankan Baginda  supaya bertasbih memuji dan
               mengingati-Nya terutamanya ketika bangun, sama ada bangun
               dari tidur, bangun untuk solat atau bangun meninggalkan sesuatu
               majlis demikian juga mengingati-Nya pada waktu malam dan saat
               fajar sebelum hadirnya siang.
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83