Page 77 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 77

KESIMPULAN 71



                  disasarkan ke benak hati dan fikiran kaum musyrikin. Lalu Allah
                    mencabar pula mereka supaya mendatangkan sesuatu yang
                  setanding al-Quran sekiranya benar al-Quran itu adalah ciptaan
                  manusia.

               4.  Setelah menyangkal dan mematahkan dakwaan jahat orang-orang
                  kafir yang menuduh Nabi Muhammad  seorang tukang tenung,
                  ahli syair dan orang yang kerasukan gila, pada bahagian keempat
                  surah ini Allah  memaparkan dalil dan bukti untuk menegaskan
                  kewujudan dan keesaan-Nya serta kebenaran risalah Rasul-
                  Nya. Dalil dan bukti ini didatangkan dalam bentuk persoalan
                  supaya mereka bertanyakan diri mereka tentang penciptaan diri
                  mereka sendiri serta penciptaan langit dan bumi ini. Sekiranya
                  penciptaan tersebut perlu diakui dan tidak dapat disangkal lagi,
                  maka penciptaan kebangkitan semula manusia setelah mereka mati
                  untuk menerima balasan juga sesuatu yang mampu dilakukan
                  oleh Allah   Tuhan Yang Maha Pencipta. Kemudian, Allah 
                  menenangkan hati Rasul-Nya dengan menegaskan bahawa tipu
                  daya serta rancangan jahat musyrikin terhadapnya pasti tidak akan
                  berjaya kerana Dia pasti menolong Baginda  dan memenangkan
                  agama-Nya meskipun orang kafir membencinya.

               5. Pada bahagian kelima surah ini Allah   menjelaskan tentang

                  betapa angkuh sikap mereka yang tidak mahu beriman meskipun
                  telah terbentang pelbagai bukti yang nyata. Sehinggakan sekiranya
                  mereka melihat gumpalan awan yang menandakan kemungkinan
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82