Page 72 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 72
66 Surah At-Tur : Tafsir & Huraian
ا
ا ُ ا ا ا ا ۡ ا ا ا ا � ٗ ا ا ۡ � ا ا ا ۡ � ا ا
ٓ
ك䍎ب⡎رㅎ ك䍎ث⯡ع㥐ب⡐ي䩎 ن䙎أ⍎ ಾ뻏ع㥎 ك䍎ل䓡 ة⥏ل䑎ِف䅎ان䙎 ۦِه䝏ب⡎ د⽎جⱏه䝐ّ典ف䅎 لಛ魳ٱ ن䛡ِم䕐و䡎
ِ
ِ
ٗ ُ ۡ � ٗ ا ا
٧杩 اد⽎وم䕏౾繴 ام䕐اق䉏م䕐
Maksudnya: “Dan pada sebahagian malam hari bertahajjudlah
(solat) kamu sebagai ibadat tambahan bagimu, mudah-mudahan
Rabbmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”
(Surah al-Isra’ ayat 79)
Rumusan Intipati Bahagian Kedua: Ayat 44-49:
1. Pada bahagian kelima surah ini, Allah menjelaskan sikap sombong
dan angkuh golongan musyrikin yang tetap degil dan ingkar untuk
beriman meskipun mereka telah melihat pelbagai hujah dan bukti
yang nyata. Malah sekiranya didatangkan dalam bentuk bukti
ancaman berupa gumpalan-gumpalan awan seakan azab sedang
menanti mereka, mereka tetap tidak akan mengendahkannya.
Sehubungan itu, Allah memerintahkan Rasulullah supaya
membiarkan sahaja mereka dengan keangkuhan mereka kerana
Allah telah menjanjikan azab yang bakal menimpa mereka di
dunia dan tambahan lagi azab kemudiannya di akhirat.
2. Allah juga memperteguhkan hati Rasul-Nya dengan ingatan-
Nya supaya Baginda terus bersabar dan sentiasa mengetahui dan
menyedari bahawa dirinya sentiasa berada di bawah pengawasan
dan perlindungan-Nya.

