Page 71 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 71
BAHAGIAN KELIMA 65
Perintah Agar Mengabaikan Orang Kafir Kerana Sikap Keras Kepala,
Kesombongan dan Keangkuhan Mereka
Maksudnya: “Sesiapa yang bangun dari (tidur) malam lalu
mengucapkan: ‘Tiada tuhan yang berhak disembah kecuali
Allah, satu-satu-Nya tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-
Nya segala kerajaan. Hanya milik-Nya segala pujian, dan
Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala puji hanya milik
Allah. Maha Suci Allah, tiada tuhan yang berhak disembah
kecuali Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan
kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.’ Kemudian dia
mengucapkan: ‘Ya Allah, berikanlah keampunan kepadaku’,
atau dia berdoa (apa sahaja), nescaya dia akan dikabulkan.
Jika dia berwuduk, maka solatnya pasti diterima.”
(Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
ُ ُ ا ا ۡ ُ ۡ � ا ا ۡ � ا ا
ٰ
٤摩 ِم䕏وجⱏಕ閔ٱ رㅎَ亘د⽎౭涞 ه䝏حⷡب⡐ّ冁ف䅎 لಛ魳ٱ ن䛡ِم䕐و䡎
ِ
ِ
Dan juga pada sebahagian malam hendaklah engkau bertasbih
kepada-Nya pada waktu terbenamnya bintang-bintang malam
(pada waktu fajar).
Pada sebahagian malam, bertasbihlah kamu (Muhammad) memuji
Tuhanmu. Menurut ulama, apa yang dimaksudkan ialah bangun solat
pada sebahagian malam (bertahajjud) terutama pada waktu bintang-
bintang mula hendak menghilang iaitu waktu sahur dan fajar. Ini selaras
dengan sebahagian firman Allah yang memerintahkan Rasul-Nya
supaya bangun bertahajjud pada waktu malam memuji dan bermunajat
kepada Allah . Antaranya firman Allah dalam surah al-Isra’:

