Page 68 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 68
62 Surah At-Tur : Tafsir & Huraian
Meskipun mereka terkena azab atau kecelakaan di dunia, namun musibah
tersebut tidak membuatkan mereka mengambilnya sebagai peringatan
dan segera sedar diri untuk kembali kepada Allah dan bertaubat. Bahkan
mereka terus hanyut dengan tipu- daya keangkuhan tersebut sehingga
mereka akhirnya nanti akan menerima azab yang sebenar-benarnya di
akhirat.
ا
ۡ ا ۡ � ا ا ا ُ ۡ ا � ا ا � ا ۡ ُ ۡ ۡ ا
ِد⽎م䕏 ِ ౕ喟 حⷡب⡐س㍏و䡎 ۖانِني䩒ع㥏أ⏡ب⡎ ك䍎ن䙎إ═ف䅎 ك䍎ب⡎رㅎ ِم䕒ك䍏 ِ 焯 ౙ妟ص㗡ٱو䡎
ِ
ِ
ِ
ِ
ِ
ُ ُ ا ا ا � ا
٤摨 م䕏وق䉏ت⩎ ن䚘ِحⵎ ك䍎ب⡎رㅎ
ِ
Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad)
menunggu hukum ketetapan Tuhanmu (memberi tempoh kepada
mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap berada (terselamat)
dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah
dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.
Ayat ini memerintahkan agar Nabi Muhammad bersabar terhadap
sikap kaum musyrikin, tidak menghiraukan gangguan mereka yang ingkar,
kerana detik hukuman Allah pasti akan tiba untuk menimpa mereka.
Ini selaras dengan gelaran Baginda sebagai salah seorang Rasul yang paling
banyak diuji dan teguh dalam menghadapi ujian serta penentangan
daripada kaum musyrikin (Ulul Azmi).
“Hendaklah kamu (Muhammad) bertasbih memuji Tuhanmu ketika
kamu bangun dari tempat dudukmu”. Oleh itu, menurut para ulama,
adalah disunatkan apabila seseorang itu berdiri untuk meninggalkan

