Page 63 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 63
BAHAGIAN KEEMPAT 57
Pembuktian Tentang Wujud Pencipta Dan Keesaan-Nya
Berdasarkan Bukti-Bukti daripada Makhluk Ciptaan-Nya.
Persoalan kepada
Orang Kafir
Ayat 37
Adakah di sisi mereka rahsia perbendaharaan Tuhan?
Adakah di sisi mereka perkara yang ghaib?
Ayat 41
3. Allah menyindir dengan persoalan bahawa amat aneh sikap
kaum musyrikin itu, mereka menolak anak perempuan untuk
mereka kerana menganggap anak perempuan adalah sesuatu yang
rendah dan memalukan tetapi mereka boleh pula mendakwa Allah
memiliki anak perempuan. Amat karut anggapan mereka itu
dan maha suci Allah Tuhan yang Esa daripada sebarang anak
baik lelaki mahupun perempuan.
Persoalan kepada
Orang Kafir
Ayat 39
Wajarkah mereka jadikan untuk Allah ada anak
perempuan, sedangkan mereka menolaknya untuk diri
mereka atas alasan memalukan dan hanya menerima
anak lelaki?
4. Setiap Rasul yang diutus Allah untuk menyampaikan risalah-Nya
tidaklah mengambil upah imbalan dunia. Mereka melaksanakannya
atas dasar amanah tanggungjawab dan kewajipan. Maka mereka
yang tidak mahu beriman atau tidak mahu memahami risalah
kebenaran ini tidak boleh memberikan alasan bahawa mereka
terpaksa membayar upah kepada Rasul untuk mempelajari dan

