Page 59 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 59

BAHAGIAN KEEMPAT  53
                                  Pembuktian Tentang Wujud Pencipta Dan Keesaan-Nya
                                 Berdasarkan Bukti-Bukti daripada Makhluk Ciptaan-Nya.

                                                   ا
                                                           ا
                                                       ُ
                                    ۡ
                         ا  ُ  ا ۡ ܆  ا ܅  �  ُ  ا  ٗ ۡ ۡ ُ ا ۡ ۡ  ا
                      ٤摠 ن䙎ݠݖݐܥݘ  ٖ൑表ܱ݊ݘ ݚِݘ ݗݟಷ蟎 ൒衩ܱܧأ⍎ ݗݟݖ�ಎ踶ܵಾ蟕 م䕏أ⍎
                 Atau adakah pernah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang
                 bayaran (upah) kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau
                 sampaikan), sehingga mereka merasa berat dibebani hutang bayaran
                   itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?


            Allah    mengalihkan pula pertanyaan kepada Nabi Muhammad 

            namun sebagai sindiran kepada mereka yang tidak mahu beriman dan lari
            daripada menerima risalah tauhid ini. Adakah engkau wahai Muhammad
              meminta sebarang upah imbalan kepada mereka atas risalah wahyu

            yang disampaikan sehingga menyebabkan mereka rasa terbeban lalu lari
            daripada menerimanya? Sekiranya tidak, maka mereka lari dan tidak
            menerima bukan sebab itu bahkan kedegilan mereka sendiri.

               Ini juga sebagai isyarat keterangan yang jelas bahawa risalah yang
            disampaikan Baginda  adalah atas dasar kewajipannya sebagai seorang
            Rasul yang diutuskan-Nya tanpa tujuan untuk mendapatkan upah atau
            apa-apa habuan di dunia. Sekiranya itu yang dikehendaki Rasul, nescaya
            Baginda    sudah lama berhenti menyampaikan dakwahnya kerana
            tiada janji ganjaran dunia yang ditawarkan atas seruan dakwah yang
            disampaikan, bahkan Baginda   menempuh pelbagai perit jerih ujian
            dalam membawa risalah tauhid ini.

                             ا ُ ُ ۡ ا ۡ ُ  ا  ُ ۡ ا  ۡ  ُ ُ ا  ۡ  ا
                          ٤摡 ن䙎ݠܞܢ಺蟑ݣ ݗݟಷ蟎 ܜݤ݊ݕٱ ݗݞܯݜِ݆ م䕏أ⍎

                Atau adakah di sisi mereka (pengetahuan) tentang perkara-perkara
                            yang ghaib,  lalu mereka menulisnya?
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64