Page 54 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 54

48   Surah At-Tur : Tafsir & Huraian



          Rumusan Intipati Bahagian Kedua: Ayat 29-34:

            1.  Pada  bahagian  ketiga  surah  ini,  Allah    memerintahkan  Nabi
               Muhammad  supaya terus teguh (istiqamah) memberi peringatan
               dan jangan dihiraukan golongan yang ingkar dan enggan beriman itu.


             2. Golongan yang ingkar tidak mahu beriman membuat tuduhan
               dan dakwaan bahawa Nabi Muhammad  adalah seorang tukang
               tenung, penyair dan orang gila kerasukan. Namun dakwaan dan
               tuduhan tersebut tidak munasabah dengan kebijaksanaan akal
               malah tidak konsisten antara satu sama lain.

             3. Al-Quran adalah kalamullah dan bukan ciptaan manusia.
               Oleh itu, sesiapa yang menggunakan akal yang bijaksana pasti
               mengetahui bahawa tidak munasabah ia merupakan rekaan
               manusia dan sesiapapun pasti tidak akan mampu menciptanya
               atau mendatangkan sesuatu yang setanding dengannya. Maka
               Allah  mencabar mereka yang ingkar mendatangkan seumpama
               al-Quran sekiranya dakwaan mereka benar bahawa Muhammad 
               itu mampu mencipta al-Quran.


                 Pesanan Allah  agar Nabi
              Muhammad  Terus Teguh Memberi
                                                 Penyair
                                                 Orang Gila
                                 Dakwaan dan     Tukang Tenung
                                 Tuduhan mereka
                                 terhadap Nabi    Mereka Cipta al-Quran



               Cabaran Allah  kepada golongan yang ingkar
                                 datangkan yang
                 tidak beriman supaya ↔
                setanding al-Quran jika dakwaan mereka benar
                     al-Quran itu ciptaan manusia
                                    Ayat 29-34
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59