Page 58 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 58

52   Surah At-Tur : Tafsir & Huraian



          Sekiranya rahsia perbendaharaan Allah  tidak berada di sisi mereka, lalu
          adakah mereka mempunyai tangga yang mampu menghubung mereka
          untuk naik mendengar rahsia perbendaharaan di langit? Sekiranya benar
          ada dalam kalangan mereka yang mendengar perkhabaran ghaib dan rahsia
          langit itu, maka datangkanlah bukti yang jelas dan nyata sepertimana
          Nabi Muhammad  mendatangkan bukti perkhabaran wahyu daripada
          Allah  menerusi perantaraan malaikat yang diutus oleh-Nya. Sekiranya
          tidak ada jalan lain untuk mengetahui semua itu, maka mereka sepatutnya
          beriman dengan apa yang disampaikan oleh Rasul  kerana dialah satu-
          satunya utusan yang dipilih Allah   untuk menerima wahyu-Nya dan
          menyampaikannya kepada sekalian manusia di bumi.

                                               ۡ ا
                            ا ُ  ا  ۡ  ُ ُ  ا  ا ُ ا  ا ُ ۡ  ا
                                             ٰ
                         ٣捩 ن䙎ݠݜಒ螩ٱ ݗ಺蟑ݕو䡎 ܠ೸蠏ಒ螩ٱ ಜ螳 م䕏أ⍎
               Adakah (adilkah) bagi Dia anak-anak perempuan (yang kamu
              benci)?  Dan untuk kamu anak-anak lelaki (yang kamu sukai)?


          Allah  mempersoalkan dakwaan aneh orang yang tidak beriman yang
          menganggap bahawa Allah  itu mempunyai anak perempuan. Malaikat
          itu didakwa mereka sebagai anak perempuan Allah . Dalam tradisi
          Arab jahiliyyah, anak perempuan sering dianggap sebagai sesuatu yang
          tidak disukai dan memalukan sehingga ada dalam kalangan mereka yang
          sanggup membunuh anak perempuan. Alangkah peliknya sikap dan
          perangai kaum musyrikin ini. Mereka menerima apa yang mereka anggap
          terhormat dan mulia iaitu anak lelaki untuk diri mereka dan menolak anak
          perempuan untuk diri mereka kerana anggapan kerendahan dan tidak
          sempurna itu, namun membolehkan pula bagi Allah  itu mempunyai
          anak perempuan. Maha suci Allah   daripada anggapan dan dakwaan
          bodoh mereka itu.
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63