Page 53 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 53

BAHAGIAN KETIGA  47
                               Perintah Agar Tetap Teguh Memberi Peringatan dan Nasihat
                   Meskipun Terdapat Banyak Halangan, Rintangan, Tipu Daya dan Rancangan Jahat

            Tidak cukup dengan tuduhan-tuduhan sebelumnya, malah mereka
            mendakwa Nabi Muhammad  mereka-reka, mencipta dan mengarang
                              ا
                             ُ ا� ا ا
            al-Quran. Perkataan ݝݕݠݐಱ蟈 memberi gambaran maksud seolah-olah Baginda
              terpaksa bersusah payah memaksa diri untuk mencipta ayat-ayat al-
            Quran tersebut. Ini kerana mereka tahu ayat-ayat al-Quran itu tidak
            mungkin merupakan percakapan biasa Nabi Muhammad . Mereka
            terpaksa membuat dakwaan sedemikan supaya tuduhan mereka nampak
            seakan boleh diterima namun tetap tidak munasabah. Dengan kenyataan
            kebenaran al-Quran itu, merekalah yang sebenarnya tidak mahu beriman.


                          ا   ٰ  ا  �  ُ ا  ٓ  ۡ �   ا  �  ُ ا ۡ  ۡ ا
                      ٣捤 ߡِಸ蟏ِܯ೦蟽  اݠݛߣ ن䙎ِإ═ ۦِݝِݖܥِݘ  ٖ ܣݣِܯ ِ ݺ اݠܡೊ蟡ݤݖ݌

                  Maka cubalah mereka mendatangkan kata-kata (yang fasih dan
                 indah) seperti al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang
                                  benar dakwaannya.




            Dalam ayat ini, Allah  mencabar secara langsung kepada mereka yang
            ingkar. Sekiranya benar dakwaan mereka itu bahawa Muhammad itu
            mereka-reka kandungan al-Quran, maka mengapa mereka tidak cuba
            mendatangkan sesuatu yang seumpamanya atau setanding dengannya?
            Nyatalah bahawa Muhammad atau sesiapapun tidak mampu mereka-
            reka al-Quran ataupun mampu menghasilkan sesuatu yang setanding
            dengannya.
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58