Page 52 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 52
46 Surah At-Tur : Tafsir & Huraian
ۡ
ا
ا
ا ُ ا ٞ ۡ ۡ ُ ۡ ا ا ا ُ ُ ۡ ۡ ُ ُ ا ۡ ا
ا
ُ
ٰ
ٰ
٣换 ن䙎ݠ݉ܛ݀ م䕏ݠݏ ݗݞ م䕏أ⍎ ۚا❓ܰഏ蠦ܝ ݗݟݙഌ蠣ܪأ⍎ ݗݞܱ蟩ܕܡ م䕏أ⍎
ِ
“Adakah mereka diperintah oleh akal kiran mereka melemparkan
tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu, atau sememangnya mereka
suatu kaum yang melampaui batas (dalam keingkaran dan
kedegilannya)?
Dalam ayat ini Allah mempersoalkan adakah dengan kebijakan akal
fikiran mereka itu disuruh untuk membuat dakwaan dan tuduhan
yang tidak berasas itu. Dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh mereka
terhadap Baginda juga tidak konsisten antara tukang tenung, pawang,
orang gila dan penyair. Tukang tenung, pawang dan penyair adalah orang
yang mempunyai akal fikiran dalam urusan mereka sedangkan orang gila
pula tiada kewarasan dalam berfikir. Sekiranya mereka menggunakan
kebijaksanaan fikiran mereka, nescaya tuduhan-tuduhan yang tidak
munasabah tersebut sangatlah tidak mungkin bahkan kenyataan kebenaran
pasti ditemui, diakui dan diterima. Namun kerana sikap melampau
mereka untuk tidak mahu juga menerima kebenaran tersebut, maka
jadilah mereka golongan yang ingkar dan tenggelam dengan keangkuhan
tersebut.
ا
ا ُ ۡ ُ ܅ ا ُ ܅ ا ا ا ُ ُ ا ۡ ا
٣捣 ن䙎ݠݜِݘܖݣ ݫ ݔܝ ۚ ۥಜ螳ݠݐಱ蟈 ن䙎ݠ蟨ݠݐ蟋 م䕏أ⍎
Ataukah mereka berkata: “Dia (Muhammad) telah mereka-
rekanya (al-Quran) itu". (Tuduhan mereka yang demikian tidak
berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!”

