Page 50 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 50
44 Surah At-Tur : Tafsir & Huraian
jangan dihiraukan golongan yang ingkar itu. Allah menegaskan lagi
dengan nikmat limpahan-Nya bahawa Baginda bukanlah seorang
bomoh, pawang, tukang tilik dan bukan juga seorang yang gila. Ini
juga sebagai sokongan untuk memperteguhkan lagi jiwa Baginda di
mana terdapat dalam kalangan mereka yang ingkar itu seperti Syaibah
bin Rabi'ah mendakwa Nabi Muhammad seorang ݚِݞܛݒ, tukang tilik,
ٍ
bomoh atau pawang. Ada pula dalam kalangan mereka seperti Uqbah
bin Abu Mu'aith yang mendakwa Baginda seorang yang gila, merapu
kerasukan dan tidak waras.
ُ ا ۡ ا ۡ ا ُ ܅ ا ا ܅ ٞ ا ا ُ ُ ا ۡ ا
٣捠 ن䙎ݠݜݙ蟨ٱ ܜ蟥رㅎ ۦِݝܝ ್ܹ蟤߁ಳ蟊 ِܱ݆ܛܷ ن䙎ݠ蟨ݠݐ蟋 م䕏أ⍎
ِ
ِ
Bahkan mereka berkata “Dia (Muhammad) itu seorang penyair
yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya”.
Selain dakwaan mereka itu bahawa Baginda seorang tukang tilik,
bomoh, pawang, orang gila yang kerasukan, terdapat juga dalam kalangan
mereka yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang
penyair. Ayat-ayat al-Quran yang dibacanya itu ibarat syair-syair digubah
oleh para penyair Arab dahulu yang sebahagian mereka memuncak
masyhur pengaruhnya kemudian hilang ditelan musnah masa.
ا � ا
Perkataan ܜ蟥رㅎ sendiri asalnya memberi maksud syak atau ragu-ragu.
Ini memberi gambaran tidak stabil, berubah dan beredar seperti putaran
ا
roda kehidupan. Sedangkan perkataan ِ ن䙎ݠݜݙ蟨ا itu bermaksud ‘al-Dahr’

