Page 51 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 51
BAHAGIAN KETIGA 45
Perintah Agar Tetap Teguh Memberi Peringatan dan Nasihat
Meskipun Terdapat Banyak Halangan, Rintangan, Tipu Daya dan Rancangan Jahat
atau masa. Ini kerana mereka menantikan kebinasaan pengaruh Nabi
Muhammad dan syair-syairnya itu sepertimana binasanya pengaruh
para penyair terdahulu ditelan masa.
Menurut sebahagian ulama tafsir, sebab turunnya ayat 30 ini
sepertimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Jarir dan Ibn Ishaq daripada
Abdullah bin Abbas r.a bahawa orang Quraisy pernah berkumpul di Dar
al-Nadwah untuk membincangkan apakah yang perlu dilakukan terhadap
Nabi Muhammad . Maka salah seorang daripada mereka mengesyorkan
supaya diikat dan dipenjarakan Baginda , kemudian menanti sehingga
ditimpa malapetaka dan binasa dengan sendirinya sebagaimana para
penyair sebelumnya binasa seperti Zuhair, al-Nabighah dan al-A’asha.
Lalu Allah pun menurunkan ayat ini.
ا
ا � ا ُ ۡ ا � ُ ا ا � ا � ُ ܅ ا ا ۡ ُ
٣捡 ߡ ِ ್ܻ蟤߁ݙ蟨ٱ ݚِݘ ݗ蟑݇ݘ ޓܗ اݠ್ܻ蟤ܱܡ ݔݏ
ِ ِ
ِ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Tunggulah kalian! (maka
sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang menunggu
bersama kamu”.
Kemudian Allah memperolok dan mengejek mereka menerusi firman-
Nya: “Wahai Muhammad, katakanlah kepada mereka: "Silalah kalian
tunggu kebinasaan atau kehancuranku kerana sesungguhnya aku juga
bersama kalian termasuk orang yang menunggu akhir kesudahan dan
menunggu ketetapan Allah terhadap kalian.”

