Page 56 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 56
50 Surah At-Tur : Tafsir & Huraian
tentang adakah kewujudan penciptaan mereka itu terjadi dengan sendirinya
tanpa ada yang menciptakan? Atau adakah mereka yang mencipta dan
menjadikan diri mereka sendiri? Sekiranya andaian bahawa penciptaan itu
berlaku dengan sendirinya, atau yang dicipta itu mencipta dirinya sendiri
adalah satu andaian yang tidak munasabah dan tidak berpijak kepada
hakikat dan kenyataan, maka tiada lagi jalan melainkan mengakui bahawa
Allah yang mencipta sekalian makhluk-Nya.
ا ُ ُ ܅ ا ا ا ۡ ا ا ا ܅ � ا ُ ا ۡ ا
ٰ ٰ
٣捦 ن䙎ݠݜِݏݠݣ ݫ ݔܝ َ丐൹袐ݧٱو䡎 ِ ت⩐എ蠥蠤ܵ蟨ٱ اݠݐݖܭ م䕏أ⍎
ۚ
Atau adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (sudah
tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak
meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).
Ini merupakan lanjutan persoalan yang dilontarkan kepada mereka yang
ingkar untuk membuktikan keesaan dan kekuasaan-Nya. Adakah mereka
yang menjadikan langit dan bumi yang hebat itu? Cubalah cipta bumi
dan langit yang lain. Mereka tidak akan berani mengatakannya kerana
tidak mungkin sama sekali mereka menciptanya. Sedangkan diri mereka
yang kerdil itu pun mereka tidak mampu menciptannya, maka apatah lagi
penciptaan-penciptaan yang besar.
Dua persoalan ini merupakan serangan maut yang melumpuhkan
akal untuk mencari helah dan dalih untuk tidak lagi mahu beriman dan
mengakui keesaan dan kekuasaan Allah . Ini kerana secara logik fikiran
yang waras dan fitrah jiwa manusia yang murni itu sendiri mengakui
bahawa ada Tuhan yang Maha Berkuasa mencipta alam ini. Keyakinan
dan kepercayaan inilah yang dinamakan oleh sebahagian ulama sebagai
pengakuan Rububiyyah yang tidak mampu disangkal oleh orang kafir.

