Page 60 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 60

54   Surah At-Tur : Tafsir & Huraian



          Adakah mereka memiliki pengetahuan tentang perkara-perkara ghaib
          iaitu apa yang terdapat di Lauh Mahfuzh sehingga mereka menulis dan
          menyalinnya? Pertanyaan ini juga sebagai sindiran Allah  kepada mereka
          yang enggan beriman kerana mereka sendiripun tahu mereka tidak dapat
          mengetahui tentang perkara-perkara yang ghaib bahkan para Rasul sendiri
          melainkan dengan kadar yang diberitakan oleh Allah .


                   ا ُ    ا  ۡ  ُ ُ  �  ُ  ا ا  ا  ܅  ا ٗ ۡ  ا  ا ُ ُ ۡ  ا
                ٤摢 ن䙎و䡎ܯݤِݓݙ೑蟨ٱ ݗݞ او䡎ܱݍಹ蟐 ݚݣِಙ螰ܓ݌ ۖ൙衰ܯݤݒ ن䙎و䡎ܯ೎蟥ܱݣ م䕏أ⍎
                                                          ِ
               Atau adakah mereka hendak melakukan rancangan jahat tipu-
              daya (terhadapmu wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan
              berjaya)? Justeru orang-orang yang ka r itulah yang akan ditimpa
                             rancangan jahat tipu daya.





          Allah mengemukakan lagi pertanyaan tentang apa yang ada dalam
          benak fikiran orang musyrikin tentang rancangan jahat mereka. Apa-apa
          rancangan jahat mereka, Allah  sudahpun mengetahuinya dan rancangan
          jahat mereka pasti tidak akan berjaya untuk mengekang risalah yang
          akan dibawa oleh Rasul-Nya dan Dia pasti menjaga dan memeliharanya.
          Sebaliknya orang musyrikin itu pasti tertipu dengan rancangan tipu- daya
          jahat mereka sendiri.

            Perkara ini antaranya dapat dilihat bagaimana Allah  menyelamatkan
          Baginda   daripada rancangan musyrikin yang mengepung rumahnya
          untuk membunuhnya. Setelah lolos dan gagal rancangan tersebut,
          kemudian mereka cuba menjejaki jejak- jejak Rasululllah   yang
          memulakan penghijrahan ke kota Madinah. Semua usaha mereka itu gagal
          kerana Allah  sendiri berkehendakkannya gagal. Sudah pasti rancangan
          Allah  sahajalah yang pasti akan berjaya.
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65