Page 64 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 64
58 Surah At-Tur : Tafsir & Huraian
memahami risalah wahyu sehingga mampu untuk beriman. Oleh
itu, Allah bertanya, adakah Baginda meminta upah kepada
mereka?
Persoalan kepada
Orang Kafir
Ayat 40
Adakah kamu (Muhammad) meminta upah kepada
mereka? Ditanya secara sindiran seolah kepada Nabi.
(Adakah Muhammad itu meminta upah daripada
kamu?)
5. Sebarang rancangan tipu-daya jahat kaum musyrikin ke atas
Baginda pasti tidak akan berjaya kerana Allah mempunyai
perancangannya untuk memelihara dan menjaga Rasul-
Nya seterusnya menjadikan dakwah risalah tauhid ini terus
berkembang. Sebaliknya, orang musyrikinlah yang akan terpedaya
dengan kegagalan rancangan jahat mereka itu. Maka adakah
orang musyrikin itu mempunyai tuhan-tuhan lain (yang mereka
sekutukan selain Allah) untuk mereka pohon pertolongan bagi
menjayakan urusan mereka sepertimana Allah memberikan
pertolongan kepada Rasul-Nya?
Persoalan kepada
Orang Kafir
Ayat 42
Adakah mereka mempunyai rancangan jahat
terhadapmu (wahai Muhammad)? Rancangan mereka
pasti tidak akan berjaya sebaliknya mereka yang akan
terpedaya. Adakah mereka mempunyai tuhan lain
selain Allah?

