Page 62 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 62

56   Surah At-Tur : Tafsir & Huraian



          Rumusan Intipati Bahagian Kedua: Ayat 35-43:

            1.  Pada bahagian keempat surah ini, Allah  melontarkan persoalan-
               persoalan kepada kaum yang tidak mahu beriman kepada-
               Nya. Persoalan berhubung penciptaan manusia dan alam ini
               ibarat serangan terus ke dalam benak fikiran orang kafir yang
               menyebabkan mereka tidak akan mampu menyangkal lagi bukti-
               bukti keesaan dan kekuasaan Allah .


                 Persoalan kepada
                   Orang Kafir
                                     Ayat 35
                           Adakah mereka jadi (tercipta) sendiri? atau mereka
                           ciptakan diri mereka sendiri?
                           Adakah mereka ciptakan langit dan bumi?
                                     Ayat 36


            2. Allah  juga menjelaskan melalui persoalan lain yang dilontarkan
               bahawa sesungguhnya orang musyrikin itu tidaklah mempunyai
               pengetahuan  daripada  perbendaharaan  ilmu-Nya  tentang
               perkara-perkara yang ghaib. Mereka sama sekali tidak akan dapat
               mengetahui apa yang tersimpan dalam ilmu pengetahuan Allah .
               Maka apakah mereka wajar membangkang dan mempersoalkan
               seorang Rasul yang diutuskan dan dibekalkan bersamanya wahyu
               daripada Allah .
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67