Page 73 - Surah At-Tur - Tafsir & Huraian
P. 73

BAHAGIAN KELIMA  67
                          Perintah Agar Mengabaikan Orang Kafir Kerana Sikap Keras Kepala,
                                           Kesombongan dan Keangkuhan Mereka

               3.  Selain ingatan supaya terus bersabar dan yakin dengan pegawasan
                  serta perlindungan-Nya, Allah  juga memerintahkan Rasulullah
                   supaya sentiasa memuji-Nya dalam banyak keadaan terutamanya
                  ketika bangun, sama ada bangun dari tidur, bangun untuk solat
                  atau bangun meninggalkan sesuatu majlis demikian juga pada
                  waktu malam dan saat fajar sebelum hadirnya siang. Ianya sekaligus
                  menjadi bekalan rohani yang memperteguhkan jiwa Baginda 
                  dalam mendepani ujian serta berhadapan dengan mereka yang
                  tidak beriman dengan dakwahnya. Ini juga merupakan pengajaran
                  buat umat Baginda agar meneladani Baginda dalam menghadapi
                  cabaran kehidupan dalam melaksanakan syariat dan dakwah islam.

                   Pesanan Allah  agar Nabi
                Muhammad  Terus Teguh Memberi
                    Dakwah Kepada Kaumnya







                   Biarkan orang kafir dengan     Tetap angkuh tidak
                      keangkuhan mereka            mahu beriman

                   Bersabar menanti keputusan  Akibatnya akan menerima
                 hukuman Allah  dan ketahuilah   hukuman balas daripada Allah
                Dia sentiasa memelihara Baginda     di dunia dan di akhirat
                 Memuji Allah  dan bertahajjud
                 pada sebahagian malam terutama
                    pada penghujung malam
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78