Page 35 - 3 Qul ; Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq & Surah An-Nas : Tafsir dan Huraian
P. 35
sekumpulan sahabat. Rasulullah berkata kepada Aishah: “Wahai
Aisyah! Airnya seperti perahan inai. Pokok kurma yang ada di tempat
itu kelihatan seperti kepala syaitan.” Aishah bertanya: “Adakah Tuan
mengeluarkannya?” Baginda menjawab: “Allah sudah
menyembuhkanku. Aku bimbang perkara ini membawa keburukan
kepada masyarakat.” Baginda kemudiannya mengarahkan benda itu
ditanam” (Sahih al-Bukhari, 5321 & Sahih Muslim, 4059).
Kisah Baginda SAW disihir menimbulkan polemik dalam kalangan
sesetengah ilmuwan Islam. Ada yang tidak bersetuju dengan kisah ini
kerana mereka menganggap ia boleh mencacatkan maksum Nabi
SAW. Tambahan pula ia seolah membenarkan dakwaan penentang
Nabi SAW dalam ayat berikut:
َ َ َ
ْ ِ
َ
ِ
ُ ْ
ِ
َ
ْه ذِإو كيلِإ َنوُعمَتْسسَي ذِإ هِب َنوُعمَتْسسَي امِب ُلْعأ ُ نْن
َ ْ
َ
ً
َّ
ْ
ِ َّ ُ
َّ
لُجر لِإ َنوُعِبتَت ْ نِإ َنوملاظلا لوُقَي ذِإ ىوْن َ
َ
ُ
َ
(47( اروُحسَم
ً
ْ
Ertinya: Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar
al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu (wahai
Muhammad), dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang
yang zalim itu berkata (sesama sendiri): “Kamu tidak menurut
melainkan seorang yang kena sihir” (al-Isra’ 17:47).
Untuk menjawab persoalan itu, para ulama yang mengesahkan
peristiwa Baginda disihir itu dengan beberapa jawapan:
1. Walaupun memegang jawatan Rasul, Baginda tetap manusia
biasa yang terdedah kepada berbagai sakit fizikal. Sihir pula
memang wujud dengan izin Allah atas hikmah tertentu. Kisah
tersebut mengukuhkan aspek kemanusiaan Baginda yang diutus
kepada manusia. Jika para Nabi dan Rasul tidak mengalami sakit,
mana mungkin mesej Tuhan mampu dihayati oleh manusia.
34
2. Sihir seumpama penyakit yang memerlukan ubat mujarab bagi