Page 32 - 3 Qul ; Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq & Surah An-Nas : Tafsir dan Huraian
P. 32
mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka,
KETIKA MEREKA MERANCANGKAN PADA MALAM HARI, kata-
kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa
Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan
(al-Nisa’ 4:108).
Dalam sebuah hadith, Baginda SAW mengingatkan akan bahaya
malam yang gelap:
ِ َ
َ َّ
َّ
َ
َ َ ِ
لِإ رظَن َلسو هيلَع َُّ للا ل َ ص بَّنلا َّنأ ة َ شئاَع ْ نَع
َّ ِ
َ َ ْ
َ
ِ ِ
ُ ِ
ْ
ِ ِ
َ
َ
َّنِإَف اذَه َ ش ْ نم َّ لل ِ ب يذيعَتْسسا ة َ شئاَع َ ي لاَقَف ِرمَقلا
ِّ
َ
ِ ْ
َ
َ
َ بَقو اذِإ ُ قساَغلا وُه اذَه
َ
َ
Ertinya: Aishah meriwayatkan Nabi SAW pernah melihat kepada bulan
seraya bersabda: “Wahai Aishah mohonlah perlindungan dengan
Allah daripada kejahatan benda ini (bulan), kerana ia (menjadi tanda)
masuknya malam yang gelap” (Sunan al-Tirmidhi, 3288).
Perlu difahami, bukan Nabi SAW mahu kita berlindung daripada
kejahatan bulan, tetapi Bagnda maksudkan kejahatan malam kerana
bulan muncul setelah malam menjengah. Selain mudah terdedah
kepada berbagai bahaya, apabila ditimpa kesusahan pada waktu
malam, kita turut sukar mendapatkan bantuan melainkan setelah subuh
menjelma. Ini antara kaitan mudah antara ayat ini dengan ayat pertama.
ِ ْ
ِ
ِ
(4( دَقُعلا ِ ف ت َ ثاَّفَّنلا َ ش ْ نمو َ
ِّ
“Dan daripada kejahatan wanita (penyihir) yang menghembus
pada simpulan (dan ikatan);”
BAHAYA KEDUA yang disebut secara khusus surah ini adalah sihir.
Sihir adalah sejenis ilmu yang berasal daripada dua malaikat Harut
dan Marut. Mereka berdua dihantar Allah kepada penduduk Babylon
untuk mengajar penduduknya beza antara kelebihan sihir dan 31