Page 29 - 3 Qul ; Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq & Surah An-Nas : Tafsir dan Huraian
P. 29
buahan). Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan
mengeluarkan yang mati daripada yang hidup. Yang sedemikian itu
kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan
dari menyembahNya (oleh benda yang kamu jadikan sekutuNya)?
(al-An’am 6:95).
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa perlunya Allah kaitkan DiriNya
dengan waktu Subuh? Seperti yang kita ketahui, Islam adalah agama
Tawhid yang meletakkan kuasa mutlak hanya pada Allah. Mudahnya
kita wajib imani hanya Allah sahaja satu-satuNya Tuhan Yang berkuasa
menukar atau membelah kegelapan malam menjadi subuh dan
membelah biji benih menjadi tunas pokok. Bertitik tolak dari prinsip itu
kita wajib imani bahawa hanya Allah sahaja satu-satuNya Tuhan yang
mampu menjaga kita daripada segala bahaya atau bencana fizikal
yang wujud di dunia ini. Kita katakan permulaan hari seawal Subuh
yang dimulai dengan doa kepada Allah Tuhan pemilik hari akan
meletakkan kita di bawah naungan penjagaanNya sepanjang hari
daripada apa sahaja bahaya yang bakal muncul. Lalu dalam ayat
berikutnya Allah menyebut jenis bahaya secara umum dan khusus. Ia
dimulai dengan menyebut bencana yang umum iaitu;
َ
(2( َ قلَخ اَم َ ش ْ نم ِ
ِّ
“Daripada kejahatan (bencana) makhluk yang Dia cipta;
Allah adalah Pencipta alam ini dan semua makhluk ciptaanNya punyai
kebaikan dan kejahatan tersendiri. Langit yang kelihatan cantik
menaungi kita boleh sahaja merenggut kita dengan panahan petir
atau putaran ributnya pada bila-bila masa sahaja. Begitu juga dengan
bumi yang teguh kita pijak, ia boleh bergegar menelan kita tanpa
petanda. Pendek kata, semua makhluk ciptaan Allah memiliki unsur
kejahatan yang akan memudaratkan kita seperti haiwan buas,
binatang berbisa, senjata tajam, paku karat, angin ribut, buah-buahan
beracun, tenaga eletrik, manusia dan jin yang jahat, penyakit
berbahaya, kuman, virus dan sebagainya.
28
Sebagai manusia yang lemah, kita tak mampu meneka bila agaknya