Page 24 - 3 Qul ; Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq & Surah An-Nas : Tafsir dan Huraian
P. 24

TAFSIR SURAH AL-FALAQ


                     PELINDUNG BENCANA FIZIKAL
          PENDAHULUAN


          Hidup kita sering terdedah kepada berbagai bahaya fizikal yang tak
          mampu kita kawal. Walaupun kita boleh mengambil berbagai langkah
          pencegahan atau persediaan menghadapi sebarang bahaya dalam
          hidup, keputusan akhir tetap dipegang Allah. Oleh itu, cara terbaik
          menyelamatkan  diri  daripada  sebarang  bahaya  adalah  memohon
          perlindungan dengan Tuhan yang Mencipta segala bahaya itu. Bertitik
          tolak dari prinsip itu, setiap manusia perlu tahu jenis bahaya fizikal
          yang boleh mengancam mereka dan bagaimana cara berdoa yang
          betul bagi menyelamatkan diri daripada semua bentuk bahaya
          tersebut. Dalam  kerisauan  ini,  Allah memberikan  kita  panduan
          tersebut dalam kerangka  Tawhid iaitu, hanya  Allah satu-satuNya
          mampu menyelamatkan kita daripada semua bahaya itu.


          SURAH WAKTU PAGI
                 ِ
             َ ش نمو (2(  َ قلَخ اَم  َ ش  ْ نم (1( قلَفلا  ِّ برِب ذوُعأ ْلُق
           ِّ ْ َ        َ      ِّ    ِ     ِ  َ ْ  َ  ُ َ
                ِ ْ
                                                    َ
                         ِ
                                       ِ
                                                          ِ
            (4( دَقُعلا  ِ ف ت َ ثاَّفَّنلا  َ ش  ْ نمو (3(  َ بَقو اذِإ قساَغ
                                 ِّ
                                                        ٍ
                                        َ
                                                  َ
                                 َ ٍ ِ
                                                 ِ
                      (5( َدسَ ح اذِإ دساَح  َ ش  ْ نمو
                                           ِّ
                                                  َ
                            َ
          Terjemahannya:
                        Katakanlah (wahai Muhammad(;
           “Aku berlindung kepada (Allah( Tuhan yang memiliki waktu subuh,
               “Daripada kejahatan (bencana( makhluk yang Dia cipta;
           Dan daripada kejahatan (bahaya( gelap malam apabila ia masuk;
            “Dan daripada kejahatan wanita (penyihir( yang menghembus
                          pada simpulan (dan ikatan(;
                “Dan daripada kejahatan (bahaya( orang yang dengki
                      apabila dia melaksanakan dengkinya”              23
                             (al-Falaq 113:1-5(.
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29