Page 19 - 3 Qul ; Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq & Surah An-Nas : Tafsir dan Huraian
P. 19

yang disebut pada Asbab Nuzul surah ini iaitu;

                  1.  tidak wujud sebelum lahir,
                  2.  punyai tarikh lahir atau Tarikh mula hidup dan,
                  3.  memiliki sifat lemah ketika baru lahir seperti kebiasaan mana-
                     mana bayi.


                  Kesemua sifat tersebut mustahil bagi Allah kerana baharu lahir adalah
                  sifat makhluk. Jika benar  Tuhan baru dilahirkan oleh sesuatu,
                  kuasanya  turut terbatas  kerana tidak  mengetahui  segala kejadian
                  sebelum kelahirannya. Ayat ketiga ini menafikan secara tuntas akidah
                  3 agama utama pada zaman Nabi SAW iaitu; Agama Yahudi yang
                  mengatakan Uzayr anak Allah, Nasrani yang mengatakan Isa anak
                  Allah dan Musyrikin Mekah yang mengatakan para malaikat adalah
                  anak perempuan Allah (al-Tawbah 9:30 dan al-Zukhruf 43:19(.

                                        َ ُ َّ ُ َ
                                 (4( ٌدَحأ اوُفك ُل  ْ نكي ملو
                                          ً
                                                    َ ْ َ
                        (Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya(.


                  Ayat ini menafikan dakwaan Musyrikin Arab yang mengatakan para
                  malaikat sebagai anak perempuan Allah dan berhala adalah jelmaan
                  Tuhan Bersama  Allah.  Antara sifat makhluk adalah mempunyai
                  persamaan antara satu sama lain. Selalu kita dengar pepatah “bapa
                  borek anak rintik, saling tak tumpah” dan sebagainya. Semua itu
                  menunjukkan makhluk ciptaan Allah boleh sama atau mempunyai
                  kesetaraan. Jika kita minta seseorang melukis atau menggambar
                  makhluk yang hidup atau mati di dunia ini, semua boleh jawab dengan
                  gambaran masing-masing. Kita juga boleh menggambarkan
                  seseorang dengan sifat orang lain seperti kata-kata “Si fulan tu rupa
                  dan perangainya saling tak tumpah seperti adik saya,” begitulah
                  seterusnya. Ia berbeza dengan Allah kerana Dia Esa lagi Tunggal dan
                  tidak boleh disamakan atau disetarakan dengan apa-apa makhluk. Ia
                  dijelaskan Allah dalam firmanNya:
        18
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24