Page 15 - 3 Qul ; Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq & Surah An-Nas : Tafsir dan Huraian
P. 15
dilahirkan (sesiapa). Ini kerana tiada sesuatu yang (pernah) dilahirkan
melainkan akan mati (pada suatu hari), dan tiada sesuatu yang mati
melainkan akan mewariskan (harta). Sedangkan Allah Yang Maha
Mulia lagi Maha Agung tidak (akan) mati dan mewariskan (sesuatu).
(Allah juga) Tiada apa (sama sekali) yang sama (serupa atau setara)
denganNya...... dan tidak ada sesuatu pun menyamaiNya (Sunan al-
Tirmidhi, 3287 dan Musnad Ahmad, 20272).
MAKNA UMUM SURAH
Surah ini menjelaskan rukun utama akidah Islam iaitu Tawhid atau
kewajipan mengEsakan Allah. Surah ini juga menetapkan sifat
kesempurnaan kepada Allah yang berkuasa penuh atas segala
sesuatu. Dia adalah Tuhan yang serba Ada dan menjadi tumpuan
permohonan semua makhluk selama-lamanya. Dia tidak melahirkan
anak sebagai suatu kekurangan yang menunjukkan Dia memerlukan
sesuatu. Dia juga tidak diperanakkan atau lahir dari mana-mana entiti
lain yang menunjukkan Dia Baharu dan tidak wujud semenjak azali.
Tiada sesuatu apa pun yang mampu bersaing denganNya, apatah lagi
menyamaiNya.
Tafsir per ayat:
َ
(1( ٌدَحأ َُّ للا وُه ْلُق
َ
(Katakanlah (wahai Muhammad(:
“(Tuhanku( ialah Allah Yang Maha Esa;(
Katakanlah Wahai Muhammad kepada sesiapa yang bertanya tentang
siapa Tuhanmu, maka jawablah bahawa Tuhanmu adalah Allah yang
Esa atau Tunggal. Mungkin akan ada yang bertanya apa beza antara
َ
َ
nama Allah ُدَحلا dan ُدِحاولا ? Secara mudahnya ُدَحلا bermaksud Allah
َ
َ
Yang Esa atau Tunggal. Perkataan ٌدَحأ memutuskan pengiraan
atau penambahan jumlah. Apabila dikatakan Esa atau Tunggal,
tiada lagi penambahan bilangan sama ada dua, tiga dan seterusnya.
14