Page 12 - 3 Qul ; Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq & Surah An-Nas : Tafsir dan Huraian
P. 12
Ertinya: Abu Sa’id al-Khudri menceritakan ada seorang lelaki
mendengar seorang lelaki lain selalu mengulang baca surah al-Ikhlas.
Apabila Subuh menjelang dia bertanya Rasulullah SAW perihal perkara
itu, seolah-olah yang bertanya memandang kecil amalan tersebut.
Berikutan itu, Rasulullah SAW bersabda: “Demi yang jiwaku berada
pada tanganNya, ia (surah al-Ikhlas) menyamai satu pertiga al-Quran
(Sahih al-Bukhari, 4627).
Juga sabda Baginda SAW:
َ
ْ ٍ ِ
َ َ
ِ
بَّنلا لاَق لاَق ُهْنَع َُّ للا َ ضر ِّ يِرْدُخلا ديعس ِ بأ ْ نَع
ُّ ِ
َ
َ
َ أرْقَي ْ نأ كُدَحأ ُ زِجعَيأ هِباَصل َلسو هيلَع َُّ للا ل َ ص
َ ْ ُ َ
َ ِ ْ َ َّ
ِ َ
َّ
ِ
ْ
َ
َ َ ْ
ٍ َ َ
ْ َ ُ
َ ُ
َ
َ
ِ
ُ قيطُي اَنُّ يأ اولاَقو مِ ْ يلَع َ ِ لذ َّ ق َ شَف ليل ِ ف ِنآرُقلا ثلُث
َ ْ
ْ
ْ
ِ ْ
ْ ُ ُ
َ
ِ َ
َ
ِنآرُقلا ثلُث ُدم َّ صلا ُدحاولا َُّ للا لاَقَف َّ للا لوسر َ ي َ ِ لذ
َ
ُ َ
َ
ْ
Ertinya: Abu Sa’id al-Khudri RA menceritakan Nabi SAW berkata
kepada para sahabatnya; “Adakah kamu tak mampu membaca satu
pertiga al-Quran dalam satu malam?” Para sahabat berasa berat hati
lalu bertanya: “Siapa dalam kalangan kami yang mampu berbuat
demikian Wahai Rasulullah?” Baginda menjelaskan: “(Sesungguhnya
surah al-Ikhlas yang mengandungi ayat) Allah Yang Maha Esa lagi
menjadi tempat tumpuan menyamai satu pertiga al-Quran”
(Sahih al-Bukhari, 4628 & Sahih Muslim, 1344).
Ketika mengulas pengertian hadith ini, para ulama’ menyatakan
signifikan satu pertiga diberikan Baginda SAW kerana secara
umumnya isi kandungan al-Quran terbahagi kepada 3 fokus iaitu,
hukum hakam, perkhabaran (atau sejarah manusia( dan isu Tawhid
atau Sifat Allah. Tawhid inilah yang menjadi fokus utama surah al-
Ikhlas (Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari dan Syarh Sahih Muslim
oleh Imam al-Nawawi(.
11