Page 17 - 3 Qul ; Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq & Surah An-Nas : Tafsir dan Huraian
P. 17
(2( ُدم َّ صلا َُّ للا
َ
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk
untuk memohon sebarang hajat;
Fitrah manusia mahu bertuhan kerana Tuhan dalam kepercayaan
semua agama mampu menunaikan hajat para penyembahnya, sama
ada hajat untuk diberi kebaikan dan manafaat atau hajat dihindari
bahaya yang ditakuti seperti ancaman sakit, rugi dan sebagainya.
Walaupun setiap agama cuba mencipta berbagai Tuhan sembahan
yang menjadi tempat tumpuan hajat mereka, hakikatnya hanya Allah
Tuhan yang mampu memenuhi hajat semua makhluk kerana hanya
Dia Tuhan sebenar.
Permintaan kepada sesuatu selain Allah adalah perbuatan sia-sia
yang meletihkan jasad dan membuang masa. Bagi konteks orang
Melayu, contoh mudah faham tentang kerosakan akidah ini adalah
kepercayaan kepada “kuasa” tangkal azimat yang mampu memberi
manafaat atau menghindar mudarat. Oleh itu, kita perlu berhati-hati
menjaga akidah agar tidak tersilap meletakkan tumpuan hajat kepada
makhluk yang tak punyai apa-apa kuasa.
َ
َ
(3( ْلوُي ملو ْ ِ ْ َ
لَي مل
ْ َ
Dia tidak pernah beranak (melahirkan anak(,
dan Dia juga tidak pernah diperanakkan (dilahirkan sesiapa(
َ
Jika diperhatikan, Allah menggunakan huruf مل yang membawa
ْ
maksud “TIDAK PERNAH”. Ia tidak lain bagi mengingatkan kita bahawa
sejak alam ini wujud, Allah sudah Ada tanpa dilahirkan sesiapa. Begitu
juga Dia tak pernah melahirkan sesiapa kerana Dia tak memerlukan
sesiapa, termasuk anak sebagai tempat mencurah kasih sayang,
menumpah harapan dan bakal penerima harta warisan.
Antara sifat lemah manusia adalah memerlukan anak. Seorang manusia
memerlukan anak kerana si anak kelak akan menggembirakan hatinya
16
yang kesunyian atau menjadi tempat bergantung pada hari tua. Selain