Page 21 - 3 Qul ; Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq & Surah An-Nas : Tafsir dan Huraian
P. 21
Ertinya: Abu Hurayrah meriwayatkan Nabi SAW pernah bersabda
dengan katanya, Allah berfirman “Anak Adam mendustai dan
mencelaKu sedangkan dia tidak patut berbuat demikian. Adapun
pendustaannya kepadaKu adalah kata-katanya yang menyebut dia
tak akan dibangkitkan semula sebagaimana aku diciptakan pada kali
pertama. Tidaklah penciptaan kali pertama itu lebih mudah bagiKu
berbanding kebangkitan semula. Adapun celaannya padaKu adalah
kata-katanya yang mengatakan Allah mempunyai anak, sedangkan
Aku adalah Tuhan Yang Esa lagi menjadi tempat tumpuan (hajat)
semua makhluk. Aku tidak melahirkan, tidak juga dilahirkan dan tiada
yang setara (sama) dengan-Ku (Sahih al-Bukhari, 4592).
20