Page 30 - 3 Qul ; Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq & Surah An-Nas : Tafsir dan Huraian
P. 30
semua makhluk itu akan menerpa memudaratkan kita. Oleh itu, hanya
Allah selaku Pencipta semua makhluk itu sahaja yang mampu
menjaga kita. Jika kita melangkah ke dalam hutan dan risau serangan
binatang buas atau binatang berbisa, mohonlah pada Allah yang
berkuasa mutlak mengawal tindakan semua makhluk berbisa. Jika
melewati tempat yang sunyi, mohonlah kepada Allah sebagai Pencipta
semua makhluk tersembunyi di tempat itu agar menjaga kita. Bahkan
pemikiran sebegini perlu diterapkan kepada setiap Muslim dalam
semua situasi dan lokasi. Inilah intisari Tawhid yang dibawa oleh
Islam, Hanya Allah satu-satuNya Tuhan yang mampu menjaga ita
daripada ancaman semua makhluk ciptaanNya.
Walaupun begitu, ada 3 makhluk ciptaanNya yang paling bahaya
sehingga disebut secara khusus dalam ayat berikut:
َ
ِ
ِ
(3( َ بَقو اذِإ قساَغ َ ش ْ نمو َ
ٍ
ِّ
َ
Dan daripada kejahatan (bahaya) gelap malam apabila ia masuk;
Malam yang hening lagi gelap ada kebaikan dan keburukannya
tersendiri. Apabila malam menjelma, tubuh manusia akan berasa
rehat dan tenang sesuai dengan fitrah kejadian malam yang berguna
untuk merehatkan manusia. Ia disebut dalam banyak ayat, antaranya:
َّ ُ ُ َ
ِ ِ ِ ُ ِ
َ
ِ ِ
ِ
َّ
اوُغَتْبَتلو هيف اوُنكستل راَنلاو َليللا كل َلَعج هتَ ْ حمر ْ نمو
َ
َ
َ
َ
ْ َ َ ْ
ُ َ ْ ُ َّ َ ِ
َنورك ْ شت كلَعلو ِ ل ْ ضَف ْ نم ِ
َ
ُ
Ertinya: Dan antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk
kamu MALAM dan siang (silih berganti SUPAYA KAMU BEREHAT
PADANYA dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah
kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur (al-Qasas 28:73).
Lihat juga beberapa firman Allah yang lain (Yunus 10:67, al-Furqan
25:47, al-Naml 27:86(.
29
Malam juga boleh menjadi lubuk pahala untuk ibadat sunat seperti