Page 15 - Laporan Tahunan 2023 PPZ-MAIWP
P. 15

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

           Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya, PPZ-MAIWP telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan baik
           sepanjang tahun 2023 yang diterjemahkan di dalam Buku Laporan Tahunan ini.

           Peranan dan kecemerlangan perkhidmatan warga kerja PPZ-MAIWP amat dituntut supaya dapat membentuk pasukan kerja yang
           mantap, menitikberatkan ilmu pengetahuan, adab dan budaya serta semangat juang yang tinggi demi para asnaf.


           Moto PPZ-MAIWP “Memudahkan Anda Berzakat” perlu sentiasa didukung dan dihayati oleh seluruh warga kerja PPZ-MAIWP kerana
           itulah peranan sebenar kami.

           Sesungguhnya kejayaan dan pencapaian yang dilakar oleh PPZ-MAIWP ini adalah hasil usaha pelbagai pihak khususnya pihak MAIWP
           dalam menyantuni asnaf seterusnya meningkatkan kepercayaan para pembayar zakat.

           Tidak lupa terima kasih kepada para ‘Hero Asnaf’ kerana telah melaksanakan Rukun Islam ketiga di PPZ-MAIWP seterusnya meningkatkan
           kutipan zakat di Wilayah Persekutuan.

           Akhir kata, saya ingin mengucapkan penghargaan dan sekalung tahniah kepada semua warga PPZ-MAIWP atas komitmen dan usaha
           dalam melunaskan tanggungjawab bagi menjayakan perancangan yang telah digariskan. InsyaAllah, PPZ-MAIWP akan terus berusaha
           mencapai kejayaan di masa hadapan demi asnaf yang lapan.

           Sekian, terima kasih.




           Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

           With gratitude to Allah SWT and His bounty, PPZ-MAIWP has executed its duties and responsibilities proficiently throughout 2023, as
           presented in this Annual Report.

           The role and excellence in service of PPZ-MAIWP employees are greatly emphasized to shape a strong workforce, prioritizing knowledge,
           etiquette, culture, and a high spirit of resilience for the welfare of the asnafs.

           PPZ-MAIWP employees should constantly uphold and embrace the motto, “Memudahkan Anda Berzakat” (Making Zakat Payment Easy),
           reflecting our proper role.

           The success and achievement of PPZ-MAIWP were indeed the fruits of the efforts of many parties, especially the MAIWP team, to reach
           out to the asnaf and enhance the trust of the Zakat contributors.


           We also would like to extend our appreciation to our Heroes of  Asnaf”, for their commitment to observing the Third Pillar of Islam at
           PPZ-MAIWP, thus contributing to an increase in zakat collection in the Federal Territory.


           In closing, I wish to convey my gratitude and sincere congratulations to all  PPZ-MAIWP personnel for their commitment and efforts in
           discharging their responsibilities to ensure the success of the outlined plans. InsyaAllah, God willing, PPZ-MAIWP will continue striving
           to achieve future success and for the welfare of the eight asnaf groups.

           Thank you.








                                                                     LAPORAN TAHUNAN 2023 ANNUAL REPORT     13
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20