Page 32 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 32
Kit Ramadan dan Syawal
Ramadan dan Syawal
Kit
2 Apakah yang dimaksudkan keberkatan pada sahur?
Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Bersahurlah kerana di dalam sahur itu adalah berkat”
Riwayat Al-Bukhari
KEBERKATAN SYAR’IYYAH
Keberkatan dalam mengikut sunah Rasulullah SAW dengan mendapat ganjaran pahala serta
penyebab kepada berzikir, berdoa dan beristighfar pada waktu sahur yang merupakan waktu
mustajab untuk berdoa.
KEBERKATAN BADANIYAH
Keberkatan apabila dengan bersahur, ia dapat memberikan tenaga kepada badan dan
menguatkan semangat untuk berpuasa di samping dapat menahan diri daripada melakukan
perbuatan yang tidak baik.
30