Page 34 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 34
Kit Ramadan dan Syawal
Ramadan dan Syawal
Kit
4 Hukum tersalah waktu bersahur
Tidak batal puasa bagi seseorang yang makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu
bahawa telah tamat waktu sahur. Ini berdasarkan kaedah fiqh menyebutkan bahawa asal
hukum adalah berkekalan waktu sebelumnya iaitu waktu malam.
Namun sekiranya selepas itu dia yakin bahawa dia telah tersalah makan selepas tamatnya waktu
sahur, maka puasanya batal dan hendaklah dia menggantikannya padahari yang lain.
5 Adakah bermulanya puasa setelah masuk waktu imsak?
Allah SWT berfirman:
“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang
hitam kegelapan malam, iaitu waktu fajar.”
Surah al-Baqarah 187
32