Page 39 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 39
Kit Ramadan dan Syawal
Kit
Ramadan dan Syawal
9 Hukum melakukan kerja berat di bulan Ramadan
Pekerja yang melakukan kerja berat itu disunatkan bersahur serta wajib berniat puasa.
Jika pekerjaan tersebut tidak boleh ditinggalkan dan dibimbangi berlaku kemudaratan jika dia
terus berpuasa, maka dibolehkan baginya berbuka dan wajib menggantikan puasa tersebut.
Namun sekiranya meninggalkan pekerjaan itu tidak membawa sebarang kemudharatan, maka
dia dikira berdosa kerana berbuka.
10 Hukum berbuka puasa bagi orang yang diberi keuzuran
Orang yang mengalami keuzuran diharuskan untuk berbuka puasa dan dia perlu menggantikannya
pada hari lain.
Antara golongan yang diberi keizinan oleh syarak untuk tidak berpuasa ialah:
1. Wanita yang berada dalam keadaan haid atau nifas.
2. Orang sakit yang tidak mampu untuk berpuasa
3. Musafir dalam perjalanan yang panjang sekurang-kurangnya dua marhalah.
37