Page 38 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 38

Kit    Ramadan dan Syawal
                Ramadan dan Syawal
         Kit







                  8      Hukum tidak berpuasa semasa bermusafir




                     Aisyah RA meriwayatkan bahawa Hamzah bin Amr al-Aslami bertanya kepada Rasulullah SAW:
                     “Adakah aku boleh berpuasa ketika musafir? dan beliau (Hamzah bin Amir) seorang yang sering
                  berpuasa. Maka Rasulullah SAW bersabda: Berpuasalah jika engkau mahu berpuasalah dan jika engkau
                                               mahu engkau boleh berbuka.”
                                                                                       Riwayat al-Bukhari
                    Seseorang yang bermusafir itu harus berbuka puasa sekiranya permusafiran itu bertujuan
                    kepada perkara yang harus. Permusafiran tersebut hendaklah dimulakan sebelum terbitnya fajar
                    sadiq.

                    Sekiranya seseorang itu telah berpuasa dalam keadaan bermukim, kemudian memulakan
                    musafir setelah terbitnya fajar sadiq, maka haram baginya berbuka kecuali dalam keadaan
                    darurat.


                    Lebih afdal untuk terus berpuasa jika permusafiran itu tidak menyusahkan.




         36
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43