Page 36 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 36

Kit    Ramadan dan Syawal
                Ramadan dan Syawal
         Kit






                  6      Hukum meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja



                                    Ibn Umar RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
                  “Islam terbina atas lima perkara; syahadah bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad
                 itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadhan.”
                                                                                          Muttafaq alaih


                    Berpuasa pada bulan Ramadan merupakan salah satu rukun Islam. Ia tidak boleh ditinggalkan
                    tanpa sebarang keuzuran.


                    Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan adalah berdosa besar dan dia hendaklah
                    menggantikan puasa tersebut sebelum datang bulan Ramadan pada tahun berikutnya.

                    Orang yang meninggalkan puasa didalam bulan Ramadhan dengan apa cara sekalipun
                    selain daripada jimak di siang hari hendaklah menggantikan puasa tersebut sebelum datang
                    Ramadhan pada tahun berikutnya.






         34
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41