Page 65 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 65
Kit Ramadan dan Syawal
C Hukum berbekam dan menderma darah ketika berpuasa
Ibn ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Rasulullah SAW telah berbekam dan Baginda sedang berpuasa.”
Riwayat Al-Bukhari
Jumhur ulama mengatakan bahawa berbekam ketika berpuasa adalah harus dan tidak membatalkan
puasa. Aktiviti menderma darah juga diqiyaskan dengan hukum berbekam dan tidak membatalkan puasa.
Namun, makruh berbekamsekiranya perbuatan tersebut akan melemahkan tubuh badan.
Hukum ini juga terpakai ke atas perbuatan mengambil ujian darah.
D Hukum berenang dan menyelam ketika berpuasa
Sekiranya kebiasaan aktiviti berenang atau menyelam akan menyebabkan air memasuki rongga tengah
mahupun rongga-rongga yang terbuka, maka hukumnya haram.
Sekiranya kebiasaan aktiviti berenang atau menyelam tidak akan menyebabkan air memasuki rongga
tengah mahupun ronggarongga yang terbuka, maka hukumnya makruh.
Seseorang yang berpuasa harus melakukan aktiviti berenang atau menyelam sekiranya ia dilakukan atas
sebab darurat seperti nelayan. Namun, perlu berwaspada supaya air tidak memasuki rongga tengah
mahupun rongga-rongga yang terbuka.
63