Page 66 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 66

Kit    Ramadan dan Syawal







               E      Hukum penggunaan gincu dan pelembab bibir ketika berpuasa


                     Hukum memakai gincu atau pelembab bibir di siang hari pada bulan Ramadan adalah makruh dan tidak
                     membatalkan puasa. Namun, sekiranya ditelan rasa yang terdapat pada gincu atau pelembab bibir tersebut
                     ke dalam rongga, maka ia akan membatalkan puasa.

                     Perbuatan memakai gincu untuk diperlihatkan kepada orang lain dalam keadaan berlebih-lebihan
                     (tabarruj) adalah amat tidak digalakkan dalam Islam kecuali berhias diri untuk diperlihatkan kepada
                     suami.




               F      Adakah pengsan kerana dibius membatalkan puasa?


                     Dibius dan pengsan keseluruhan hari puasa:
                     Tidak sah puasa bagi mereka yang dibius kemudian pengsan dari terbit fajar hingga tenggelamnya matahari
                     dan tidak sedar dalam waktu tersebut. Maka wajib digantikan puasa tersebut.

                     Dibius dan pengsan separuh hari puasa:
                     Sah puasa bagi mereka yang dibius kemudian pengsan hanya separuh hari waktu berpuasa.




         64
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71