Page 71 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 71
Kit Ramadan dan Syawal
Kit
Ramadan dan Syawal
5 Bolehkah dilakukan witir satu rakaat sahaja?
Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Solat witir ialah syariat yang dituntut atas setiap orang Islam. Sesiapa hendak melakukannya 5 rakaat
lakukanlah, sesiapa yang hendak melakukannya 3 rakaat lakukanlah, dan sesiapa hendak melakukannya 1
rakaat sahaja lakukanlah.”
Riwayat Abu Daud
Solat witir boleh dilakukan sekurang-kurangnya 1 rakaat (makruh). Solat witir yang sempurna ialah 3
rakaat dengan 2 salam dan yang paling afdal ialah 11 rakaat dengan 6 salam.
Namun, tidak makruh jika dilakukan hanya sekali-sekala.
6 Solat dalam keadaan mengantuk
Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Jika salah seorang di antara kamu mengantuk ketika solat, hendaklah dia tidur sehingga dia mengetahui apa
yang dibaca”
Riwayat al-Bukhari
Jika seseorang mengantuk hingga tidak sedar apa yang dituturkan ketika solat, hendaklah dia berhenti
untuk tidur sebentar ataumelakukan perkara yang akan meredakan rasa mengantuk.
Namun, jika rasa mengantuk itu tidak menjejaskan kesedaran, hendaklah dia meneruskan solat.
69