Page 70 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 70
Kit Ramadan dan Syawal
Ramadan dan Syawal
Kit
2 Hukum solat tarawih secara bersendirian
Solat sunat tarawih boleh dilaksanakan secara bersendirian.
Jumhur ulamak berpendapat bahawa lebih afdal sekiranya solat terawih dilakukan secara berjemaah.
3 Bolehkah solat tarawih sambil memegang dan melihat mashaf?
Hukum memegang dan melihat mashaf ketika solat tarawih adalah harus dan tidak membatalkan solat.
Bahkan diwajibkan untuk melihat mashaf jika tidak menghafaz surah al-Fatihah.
Lebih afdal untuk tidak memegang dan melihat mushaf ketika solat tarawih jika tiada keperluan.
4 Hukum solat tarawih 4 rakaat dengan 1 salam
Ibn Umar RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Solat malam itu dua rakaat-dua rakaat (satu salam setiap dua rakaat)”
Riwayat Muslim
Menurut mazhab Syafii, Solat Tarawih yang dilaksanakan dengan 4 rakaat 1 salam adalah tidak sah.
Solat tarawih hendaklah dilakukan dengan 2 rakaat 1 salam.
68