Page 95 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 95

Kit    Ramadan dan Syawal
                                                                               Kit Ramadan dan Syawal





         4  Kadar Zakat Fitrah
            Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia
            adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A mengikut
            timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg.
            Menjelang Ramadan, jawatankuasa fatwa setiap negeri akan memutuskan nilai harga beras semasa mengikut jenis dan
            gred beras yang dimakan oleh penduduk setempat. Sebagai contoh, zakat fitrah di Wilayah Persekutuan ditetapkan pada
            kadar minima RM7.00, manakala bagi yang berkemampuan boleh membayarnya secara gandaan mengikut gred beras
            yang dimakan iaitu pada kadar RM15.00 dan RM22.00.




         5      Hukum zakat fitrah bagi anak yang hilang

               Kewajipan zakat fitrah bagianak yang hilang bergantung kepada status anak tersebut sama ada masih hidup atau telah mati.
               Jika anak yang hilang itu diketahui masih hidup atau diragui status hidupnya, maka hukum zakat fitrah wajib dibayar oleh wali
               atau sesiapa yang menanggung nafkah bagi anak tersebut.
               Namun sekiranya diketahui dengan yakin bahawa anak tersebut telah mati, maka gugur kewajipan zakat fitrah ke atasnya.







                                                                                                              93
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100