Page 96 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 96
Kit Ramadan dan Syawal
Kit Ramadan dan Syawal
6 Bolehkah membayar zakat fitrah secara dalam talian?
Abdullah bin Umar RA meriwayatkan bahawa:
Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia, satu sa’ (unit ukuran berat)
daripada kurma, atau satu sa’ daripada gandum ke atas setiap orang yang merdeka atau hamba, lelaki atau
perempuan daripada kalangan orang Islam.”
Riwayat Abu Daud
Boleh membayar zakat secara dalam talian.
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke 116/2019 (01 April 2019)
Pembayaran zakat tidak disyaratkan padanya akad ijab dan kabul. Syarat sah pemberian zakat adalah berniat, hak
pemilikan harta serta penyerahan dan penerimaan barang.
Sah pembayaran zakat fitrah secara dalam talian (online) kerana akadnya mempunyai gambaran akad secara tulisan
yang dipersetujui para ulama tentang keabsahannya.
94