Page 101 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 101

Kit    Ramadan dan Syawal
                                                                               Kit Ramadan dan Syawal






                Hukum memberikan duit raya

                   Konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat serta kanak-kanak adalah menepati perbuatan sedekah
                   dalam Islam. Amalan soleh ini menghasilkan tiga bentuk pahala iaitu pahala berbuat baik kepada kedua ibu bapa,
                   pahala mengeratkan silaturrahim dan pahala bersedekah.
                   Pemberian duit raya bertepatan dengan usaha menzahirkan syiar Islam menerusi kegembiraan memberi dan
                   menerima sedekah, mengeratkan silaturahim dan budaya kunjung-mengunjung.
                   Pemberian  duit  raya  yang  diberikan  tidaklah  dilakukan  secara  takalluf (memaksa  diri).  Namun  mengikut
                   kemampuan.




                Adakah sambut hari raya sebulan itu dibolehkan?


                   Aidilfitri merupakan hari bergembira seluruh umat Islam. Amalan ziarah menziarahi, menjamu makan, bermaaf-
                   maafan dan bertukar-tukar hadiah sepanjang bulan Syawal adalah harus hukumnya.

                   Ia sekadar suatu tradisi yang diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.







                                                                                                              99
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106