Page 102 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 102
Kit Ramadan dan Syawal
Kit Ramadan dan Syawal
Adab menziarahi rumah orang lain
Abu Shuraih Al-Ka’bi RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka muliakanlah tetamunya.Memberi hidangan adalah
selama sehari dan semalam. Layanan terhadap tetamu adalah selama tiga hari. Yang lebih daripada itu ialah
sedekah. Tidak boleh bagitetamu itu untuk duduk lama sehingga tuan rumah memintanya keluar.”
Riwayat al-Bukhari
Melayan dan menyambut tetamu merupakan akhlak yang mulia. Namun tuan rumah juga mempunyai hak untuk
menghadkan waktu berziarah ke rumahnya.
Antara adab menziarahi rumah orang lain ialah:
Makan dengan segera jika dihidangkan. Mendoakan kebaikan buat tuan rumah.
Tidak meminta-minta hidangan. Tidak duduk dan singgah terlalu lama.
Maklumkan kepada tuan rumah sebelum bertandang. Pilih waktu yang sesuai.
Tidak menyakiti atau menyusahkan tuan rumah.
Hukum menziarahi kubur pada hari raya
Hukum asal bagi menziarahi kubur adalah sunat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.
Hukum menziarahi kubur pada hari raya adalah harus kerana tidak ada perintah dan larangan secara khusus. Hal
ini berdasarkan pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur.
Sekiranya dibimbangi berlaku perbuatan seperti meratap, meraung dan seumpamanya, maka perkara sebegini
adalah dilarang.
100