Page 103 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 103

Kit Ramadan dan Syawal
                                                                               Kit    Ramadan dan Syawal





                Hukum solat Jumaat jika hari raya jatuh pada hari Jumaat


                   Jumhur ulama berpendapat bahawa solat Jumaat tetap wajib didirikan sekalipun telah dilakukan solat sunat Hari Raya. Ini
                   kerana solat Jumaat asalnya adalah wajib.
                   Khatib yang bertugas pula disarankan untuk meringkaskan khutbah Jumaat dengan meraikan segala rukun. Ini juga
                   menandakan kefaqihan seseorang imam.


                Cara menegur saudara-mara berkenaan aurat


                                      Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
                    “Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika dia tidak
                      mampu maka dengan lisannya, jika dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itu adalah selemah –lemah iman.”
                                                                                               Riwayat Muslim

                 Antara cara menegur yang boleh dipraktikkan ialah:
                     Sampaikan pesanan kepada ahli keluarga yang paling berpengaruh seperti bapa.
                     Menghantar tazkirah berkaitan aurat di dalam group whatsApp keluarga dan saudara-mara.
                     Berbual sesama saudara-mara berkaitan kewajipan menutup aurat.
                     Menghadiahkan pakaian menutup aurat kepada saudara-mara yang tidak menutup aurat.


                                                                                                            101
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108